Couple, Hidayah dan Taufiq

~Nota Pra-Entry ~ Mungkin entry ini agak melalut. Tapi mohon baca baris demi baris. n_n

Salam

Alhamdulillah ikhwan akhawat sekalian, rasanya baru kelmarin dulu aku habis menduduki Mid Year Term bg budak2 SPM. Bolehla jawab barang sepaper dua. Dengar-dengar result macam ada yang tak kena je. Ha3. Takpelah, InshAllah ada rezekinya tu.

Maahadi Jannati

Alhamdulillah juga baru semalam Majlis Hari Guru (MAHAGURU) peringkat Maahad Muhammadi (Lelaki) telah dijalakan dengan ‘jayanya’ oleh barisan pimpinan kanan sekolah, MPP dengan kerjasama badan-badan utama seperi Badan Latihan Kepimpinan Islam (BALKIS), Badan Pengawas Maahad Muhammadi Lelaki (BPMML), Badan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya (BBKK) dan Badan Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz (BAMML)… Program tersebut, bolehla, walaupun tak sehebat tahun-tahun sebelumnya atas beberapa faktor dalaman. Tapi bukan ini fokus saya hari ini.

Alhamdulillah buat kali ketiganya kerana hari ini, seorang akrab saya telah pun mendapat rahmat dan hidayah serta taufiq daripada Allah untuk berubah dan berhijrah dari keadaannya kepada keadaan yang lebih baik. Dia telah melangkah keluar (Nota : Bukan mengumpat atau ghibah ya! Sekadar perkongsian) daripada alam COUPLE

Cinta Dalam Islam
Itulah Akad dan Nikah

COUPLE… Sesuatu yang sangat sinonim dengan remaja atau konotasi yang mendambakan kasih sayang.Mustahil couple tanpa cinta right?Tak perlu berpaling jauh, cukup sekadar di pinggiran. Bagaimana masyarakat di sekitar kita yang mana termasuklah adik-beradik, saudara-mara terdekat. jiran tetangga, sahabat handai kita alpa dan leka dibuai mimpi indah ‘percintaan monyet’ mereka atau lebih enak puppy love. 


Cinta bukanlah sesuatu yang terhalang dalam Islam. (Nota : Hukum asal setiap perkara ialah HALAL) Bahkan ia merupakan suatufitrah yang telah Allah campakkan ke dalam hati tiap makhluknya. Allah itu ar-Rahim. So, Allah will never do something that burdens his subjects? Eeryone with me?


If that’s the case, why must LOVE be forbid in Islam? Jawapannya kerana Allah Maha mengetahui sifat hamba ciptaannya yang tak mungkin tahan godaan runtunan hati dek cinta, kasih, sayang … dot com dot my. Banyak yang kita tak tahu tentang diri kita. Kita ini terlalu jahil. Sampaikan Syaitan ar-Rajim lebih tahu tentang bolak-balik hati kita daripada kita. Mungkinkah anda sebegini :~

  1. Walau kalian bicara “Saya seorang yang tegar, tak mungkin makan dek nafsu serakah. Saya pasti boleh menahan diri daripada zina” Kalian masih tidak boleh lari daripada Zina Mata dengan melihat.
  2. Mungkin ada yang mengatakan “Saya tak pernah berjumpa dengan siDia atau berdua-duaan” Kalian masih tak lepas daripada Zina Telinga dengan mendengar suaranya yang halus pulus. (Nota : Semua perempuan walau sekasar mana pun dia memiliki suara yang menggoda, tertakluk kepada)
  3.  Atau mungkin kalian dalam kes ini dimana “Saya tak pernah jumpa, call atau date… Kami cuma cinta maya jerk” Ya mungkin kalian betul namun masihtak lepas Zina Hati dengan merindu.

Jadi begitulah Skop Zina. Yang mana of course couple tergolong dalam kelompok zina hati. Justeru, pengharaman couple dalam Islam adalah bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya : “Janganlah kamu menghampiri zina” Bukan setakat Zina iyyazubillah bahkan benda2 yang seangkatannya seperti couple juga adalah diharamkan. Jadi saya dengan ini secara officiallnya ingin mengucapkan tahniah kepada akrab saya ini yang telah pun sedar dengan afalnya yang lalu. Syukur kehadrat Allah kerana telah mengurniakan hidayah dan taufiqnya kepada akrab saya ini.

Oppps…. Apa tu TAUFIQ dan HIDAYAH? Ini merupakan perkara-perkara yang sangat abstrak dan saya akui saya tak mampu hendak mengupas panjang hal ini.Hidayah secara kasar merupakan titik tolak kepada suatu kebajikan, amal dan perubahan. Its more like the ‘thing’ that makes us want to be better. The feeling that drive us towards Allah. Asal bermulanya sesuatu amal ialah pada detik hatinya. Tentulah sahabat2 pernahkan terlintas “Ishk, nak pergi masjid eh” atau “Ishk, ada derma sepuluh hingit plak kowt” nah, itulah dia hidayah. Well, kind of, tapi taklah secara detail. Just untuk kefahaman kita-kita jerk. Hidayah pula terbahagi kepada dua
  1. Hidayah Taufiq : Dicampak terus ke dalam hati hambaNya
  2. Hidayah Bayan : Melalui perantaraan seperti bimbingan kawan, ustaz, blog dan lain-lain
Geng Surau
So, kalau hidayah tu gerak hati. Apa pula ceritanya Taufiq? Any suggestion? Amboi, main suggest-suggest pulak. Taufiq membawa makna suatu qudrat dengan izin Allah taala bagi menyahut seruan hidayah itu tadi. Ok, bayangkan anda dalam (rujuk perenggan atas)
  1.  Situasi A (Masjid) : Kalau anda punya taufiq, maka anda akan keluar melangkahkan kaki dan terus menuju Baitullah bagi menyempurnakan ibadah solah. Kalau anda tak punya taufiq maka anda akan tetap di rumah berselimut atau ‘ber’ apa-apa sahaja yang anda ‘ber’ kan.
  2. Situasi B (Derma) : Kalau anda punya taufiq, anda terus sahaja campakkan duit itu ke dalam peti besi masjid di tepi jendela. Kalau tak, anda akan terfikir-fikir, mencarikan alasan, apa lagi yang belum dibeli, untuk tidak menderma sebanyak itu
Begitulah lebih kurang. Tapi Awas dan Caution sahabat2. Meski anda punya Hidayah dan Taufiq dan telah pun selamat beramal tanpa kecundang di pertengahan amal, masih ramai yang kandas dek riyak, ujub dan bangga dengan amal tersebut. Pendek kata bukan bermaksud dengan kita telah pun beramal (yakni telah mendapat Hidayah dan Taufiq) maka amal kita akan terus dinilai dan mendapat kesan di sisi Allah, bahkan perbuatan pasca amal kitalah yang menjadi timbang tara samada amal kita diterima atau tidak. Dan ia tidak tertaklu pada lingku masa.
Bayangkan kes ini : Ahmad telah membantu Suhaimi dalam perniagaannya yang hampir muflis pada tahun 2001 dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan walau sesen. Dia juga tidak pernah menghebahkan amalannya itu kepada sesiapa pun. 11 tahun kemudian, mereka telah bertelagah sesama sendiri atas isu-isu tertentu. Ahmad yang bengang telah mengeluarkan maki-makian yang bervariasi dan pelbagai terhadap Suhaimi sehingga ke satu tahap telah mengejek dan mengatakn “Eleh, kau dulu sapa yang tolong kau kalau bukan aku…! Jangan nak berlagak la wei…! Dalam kes ini menurut telahan aku berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh ustaz-ustaz yang mursyid, maka Ahmad telah hilang bekas amalannya di sisi Allah. Walaupun benda tersebut sudah 11 tahun berlalu namun bila disebut kembali maka itulah MENGUNGKIT. Namun masih lagi tertakluk pada niatnya, apa yang terlintas di benak Ahmad.
Jadi begitulah sahabat-sahabat sekalian, permasalahan mengenai Couple Hidayah dan Taufiq . Moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang dirahmati Allah dengan taufiq dan hidayahNya. Sekarang pon dah ramai artis-artis yang mula nampak nur Islam dan berpaling sari dunia hiburan yang Lagha. Mudah-mudahan Fenomena Seni ini akan terus sehingga terombaknya industri hiburan tanah air. Say No to Gaga, Say No to Alyah
 
Malaysian Idol
Advertisements

اترك رد

إملأ الحقول أدناه بالمعلومات المناسبة أو إضغط على إحدى الأيقونات لتسجيل الدخول:

WordPress.com Logo

أنت تعلق بإستخدام حساب WordPress.com. تسجيل خروج   / تغيير )

صورة تويتر

أنت تعلق بإستخدام حساب Twitter. تسجيل خروج   / تغيير )

Facebook photo

أنت تعلق بإستخدام حساب Facebook. تسجيل خروج   / تغيير )

Google+ photo

أنت تعلق بإستخدام حساب Google+. تسجيل خروج   / تغيير )

Connecting to %s